Belina Shop

Hassan Ali Dipecat 1 Oktober Ini


PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Difahamkan Hassan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah difahamkan juga Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hassan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu. Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi."Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hassan, Mahfuz berkata:"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."Ahad lalu, Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hassan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri. Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hassan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hassan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu. Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat."Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat.

PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya. Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hassan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras."Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hassan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau.""Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hassan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Yang agak menarik apabila blogger PR sendiri menuduh Hassan Ali gila meroyan hendak menjadi Menteri Besar? Antara kenyataan blogger tersebut, elok gugurkan terus Hassan Ali ni dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor lepas tu serapkan Hassan Ali ke 1 jawatan baru yang dinamakan sebagai PeSURUHjaya UMNO Selangor a.k.a Balaci UMNO Selangor.

Sejak akhir-akhir ni Hassan Ali makin gila dah... bila dah dekat je dengan Pilihanraya, ade je Mamat Motivasi 8 ribu ni buat hal... betul-betul balaci UMNO. Ape je kenyataan dari Hassan Ali sejak akhir-akhir ni dah tak merujuk dahulu ke majlis tertinggi PAS Pusat... apa Hassan Ali ni ingat PAS Selangor tu hak mak bapak dia ke sampai boleh buat apa-apa ikut suka kepala hotak dia je..?

Gila Hassan Ali ni makin menjadi-jadi lepas cita-cita UMNO Selangor nak jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal 31hb. Ogos, 2009 lepas. Hassan Ali ni dah makan duit haram UMNO ke..? oi ngok..! nak jadik MB sangat ke..?

Ibarat habis madu, sepah di buang? Menerima tekanan dari luar dan dalam. Begitulah nasib Hassan Ali sekarang...?

Apa yang juragan nampak sekarang adalah apabila kumpulan erdogan didalam PAS sedang memainkan peranan mereka berusaha keras untuk menolak pengaruh ulama ( menyinkirkan Hassan Ali ) di dalam PAS sendiri. Khalid Samat ( Khalid Gereja ) mungkin masih menaruh dendam terhadap Hassan Ali apabila beliau disingkirkan dari jawatankuasa PAS negeri. Begitu juga dengan Dr.Dzulkefly Ahmad yang pernah berceramah di dalam gereja selepas kemenangan beliau di Kuala Selangor?

Apakah sudah sampai masanya Hassan Ali memikirkan semula kedudukannya di dalam PAS setelah menghabiskan ratusan ribuan ringgit wang kerajaan semasa beliau mendapatkan PHD ketika beliau berkhidmat di dalam kerajaan suatu ketika dahulu. Masih teringat kata-kata Tun Mahathir...Melayu mudah lupa!

To Tan Sri Khalid, Khalid Samad & Rodziah

Hi. My name is Isaac. I’m an Indian. I’m a Christian. I’m also a resident in Section 23. I would like to say a few words regarding this issue, if I may. I read somewhere that states that ‘there was no Chinese tionghua at the said dialogue ‘…I beg to differ because my friend, who is Chinese, went to the meeting and so does a few other Chinese who oppose to the relocation of the said temple.

As for me, I admire the courage of my Malay neighbours who stands up for their rights as well as the Indians who stood their ground & request to have a temple that is close to their house. If the state government would offer to build a church of my belief, I’d jump for joy as well.

However, after much deliberation, a few of the neighbours of the Buddhism faith & Christianity (including yours truly) decided not to attend the said dialogue not because we are afraid to or were intimidated as suggested by certain quarters but out of respect to both parties involved in this dispute, i.e. the Malays and the Indians of Section 23, Shah Alam. Neither the Indians nor the Malays of Section 23 requested for the said temple to be relocated here but now they are at opposing side just because the state government deemed that Section 23 is ‘a strategic place’ for the relocation and somehow managed to ‘skipped certain requirements needed’ for the said relocation. After being pressured by the residents and ngo’s and receiving a letter from the Ruler of Selangor (aired by tv3 if I’m not mistaken) only then the state government succumbs & decided to hold an open dialogue with the residents. Alas, by then, the damage was severe and as they say, ‘all hell broke loose’. No pun intended.

My personal opinion is that, this issue could have been handled differently & wisely from the beginning from the yang berhormats’ namely, yb Rodziah & yb Khalid. However, they played ‘a cat & mouse game’ with the residents particularly with the Malays (not to mention lying to the residents on more than one occasion) and ‘sweet coated’ their talk with the Indians and the head priest of the said temple.

After a few months, this issue has taken a new turn and erupted & snowballed into the infamous demonstration by the Malays due to the lack of effort from both the yang berhomats’.

My wish is that outsiders do not view this issue from the political point of view nor the religious point of view because we, the residents of Section 23 are getting along beautifully with each other regardless of gender, race or religion. To the yang berhormats, please ensure that your duty to the public is upheld above your personal interest or political agenda. Also, stop seeing every little issue as a ‘political issue’ which clearly shows how mature our politicians and their followers are. No pun intended here either. Thank you.

DEB Dihapuskan. Melayu Dilarang Berniaga Lagi

"Kami berniaga di sini sejak 1985. Perniagaan kami di sini tiada masalah sehinggalah kerajaan negeri pakatan pembangkang ambil alih pada tahun 2008.

"Tahun ini mereka tidak memberi kami lesen untuk berniaga. Kalau tak berniaga, macam mana kami nak cari makan. Kami cuma berniaga kecil-kecilan seperti baju Melayu dan baju kurung.

"Kami ada juga meminta Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan salah seorang pemimpin negeri, Abdul Malik Kassim melihat mengenai perkara ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan," katanya. [RUJUK]

Bagaimanapun, tradisi selama 24 tahun itu terhenti apabila MPPP menghentikan pengeluaran lesen atas alasan Bazar Ramadan di situ mengganggu kelancaran lalu lintas. [RUJUK]

Ahli MPPP DAP dibaling selipar

Selipar itu mengenai bahagian belakang Lim yang ketika itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik memberi penjelasan berhubung larangan MPPP menghalang peniaga daripada berniaga di kaki lima di depan Pasar Raya Mydin, Jalan Penang.

Peniaga berkenaan membaling selipar itu selepas tidak berpuas hati dan marah dengan penjelasan Ng bahawa larangan itu dibuat atas beberapa sebab antaranya laluan pejalan kaki itu sempit.

Selain itu, Ng mendakwa larangan itu dibuat selepas menerima laporan daripada peniaga bazar mengenai tindakan menyewakan lesen kepada rakyat asing selain kesesakan teruk. [RUJUK]

****

Uthayakumar pernah berkata Lim G Eng tidak peduli akan bangsa lain jika perkara yang sama berlaku kepada bangsanya dia akan bermati-matian berusaha menyelesaikannya.

DEB dihapuskan, Melayu dilarang pula berniaga. Alasan penghapusan DEB sebab kroni alasan tak bagi Melayu berniaga pula kesesakan, ruang pejalan kaki yang sempit dan salah guna lesen perniagaan. 24 tahun baru timbul isu ini?

Siapalah yang buat report ke atas peniaga Melayu ini? Siapa yang sakit hati orang Melayu berniaga sebulan setahun ini? Betulkah sesak sebulan ini sedangkan Penang memang bandar yang sesak sepanjang tahun. Penang peniaga kecil kena halang, di jalan TAR kena ganggu Melayu sendiri buat rusuhan di situ, takut nak buat di petaling street. Inilah nasib orang Melayu, jadi kaya orang cakap kroni nak meniaga diganggu.

Pakatan Rakyat? Kenapa tidak mendahulukan rakyat dalam setiap perbuatan dan tindakan? Kenapa tidak sediakan tempat baru untuk orang Melayu berniaga jika tiba-tiba tempat biasa yang 24 tahun dulu tidak sesak sekarang sesak.

Lepas ini apa isunya? Selipar atau nasib peniaga kecil Melayu? Orang India Kg Buah Pala di Penang dah kena getah, kini orang Melayu pula, bagaimana pula orang Cina? Rasanya takkan kena kot.

Kenapa orang Melayu tak mahu bersatu bila Islam dihina dan nasib bangsa dipertikaikan? Sammy Vellu memihak kepada hindu dalam isu kuil di Selangor, tapi Tuan Guru Nik Aziz kata tak apa DAP hina Islam.

Kenapa?