Belina Shop

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

PAS DULU & KINI


ANAK MB KORUP BELA SUAMI YANG KORUP- LEPAS NI MAK MERYUA PULA BELA


ANAK MB KORUP BELA SUAMI YANG KORUP- LEPAS NI MAK MERYUA PULA BELA..

Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz
27 11 2009

Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca.

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

Pakatan Rakyat Yang Useless

Jika soalan : Ada apa dengan Pakatan Rakyat?" diajukan kepada anda, jawapan paling sengkat dan mudah yang anda dapat berikan ialah ialah Pakatan Rakyat ada PAS, PKR dan DAP. Paling rengkas jawapan anda ialah "PR ada Anwar Ibrahim". Sebenarnya apa yang sering kita lupa ialah Pakatan Rakyat sendiri itu hanya wujud pada nama sedangkan "rohnya", pada hakikat yang sebenarnya, tidak wujud walaupun ada kesepakatan yang belum pasti sepakat untuk mewujudkannya.

Ramai yang sudah menolak istilah dan tentang kewujudan PR kerana ianya belum terdaftar secara sah. Bukan sedikit di kalangan juak-juak PAS, DAP dan PKR juga yang menepisnya dengan alasan ianya "adalah niat jahat juak-juak Barisan Nasional yang cuba memecah belahkan kesepakatan dalam PR.". Benarkah PR sepakat? Jika benar BN memecah belahkan PR selama ini, apakah pula "kerja" PR,? Adakah PR bertungkus lumus mengukuhkan perpaduan Barisan Nasional?

Terkadang kita "diserang" dengan kenyataan bahawa media massa nasional seperti TV1, TV2, TV3 dan akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan sebagai konon berat sebelah dan bias kerana hanya mempromosi BN. Terkadang dicap sebagai "media iblis"- (naujubillah). Persoalannya adakah TV PAS (rekaan PAS), Harakah dan Siasah dan akhbar lidah resmi DAP melakukan kerja-kerja promosi terhadap BN? Atau sekurang-kurangnya "fair" terhadap BN dalam paparannya? tentu nyata jelas...jauh sekali. Jika demikian apa "hutang" media yang lain yang tidak memperomosi pembangkang kepada Pakatan Rakyat? Apakah media-media itu diwujudkan untuk keselesaan Pakatan Rakyat?

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat?. Pakatan Rakyat yang hanya wujud pada nama ialah persepakatan tidak formal 3 parti, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti bersetuju untuk sepakat. Perbezaan idelogi dan budaya politik ketiga-tiga parti ini amat jelas. Bagaimana menyembunyikan perbezaan parti ini, "hanya Anwar Ibrahim" satu-satunya insan yang "benar-benar pakar". Manakala perbezaan dalam serba-serbi amat jelas dalam hampir seluruh rakyat biasa mengetahui dan melihatnya tanpa memerlukan "kepakaran". Bagaimana pembangkang menyatakan kesepakatan mereka sepakat?. Analisa umum mengatakan bahawa mereka hanya sepakat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, selebihnya mereka belum sepakat malah saling bakal "membunuh atau dibunuh".

Golongan muda yang mampu membawa "perubahan" memerhati keadaan politik negara yang pada awal selepas PRU12 lebih condong kepada "perubahan positif". Mereka memerhati slogan "Harapan Baru Untuk Malaysia" sebagai sebuah harapan yang menggunung. Sebagai golongan yang dinamik, mereka pada mulanya mendokong "Harapan Baru" itu. Tetapi apabila harapan mereka semakin hari semakin jauh, pertanda kedinamisan dan tanggapan mereka sudah berubah namun masih menuntut "perubahan yang positif". PRK Manek Urai dan PRK Bagan Pinang telah memberikan isyarat besar kepada pembangkang bahawa "kedinamisan golongan muda" hanya akan menerima kebenaran dan "perubahan positif" yang jelas dan benar tanpa berselindung di sebalik muslihat dan niat atau nawaitu yang membohongi naluri mereka. Golongan muda sudah beralih arah melihat 1Malaysia sebagai Harapan Baru bagi mereka. Bagi golongan muda, jelas bahawa 1Malaysia lebih mempunyai gagasan-gagasan dan pelan tindakan yang lebih ketara untuk digalas menjadi realiti. Apakah gagasan "Harapan Baru Untuk Malaysia" yang menjadi kenyataan? Di mana berkuburnya impian "Malaysian Malaysia"?

Ada yang mempersoal bahawa "1Malaysia hanyalah gagasan politik kerana Malaysia sebenarnya bukan 2 atau 3, ianya memang 1. Jika demikian halnya, kenapa pula ada gagasan Malaysia Malaysia? Adakah di Malaysia ini terdapat Malaysian European, Malaysian Singaporean atau Malaysian American?. Maknanya jika pembangkang mempersoal 1Malayisa, lupakah mereka dengan gema slogan Malaysian Malaysia yang mereka kumandangkan seketika dahulu..

Apakah kerana gagasan Malaysian Malaysia yang diangkat oleh pembangkang telah diperinci dan mendapat tentangan kaum peribumi seperti Melayu, Dayak, KadazanDusun, Bajau-Rumpun USBO, Brunei, Bisaya, Iranun, Melanau, Bugis, Banjar, Bidayuh, dan suku-suku peribumi Malaysia maka gagasan itu dikuburkan Pakatan Rakyat dengan senyap-senyap?

Pekikan "Makkal Sakti" pastinya kini "mute" dalam di atas Pakatan Rakyat. Parti Makkal Sakti adalah keterangan jelas bahawa kaum India tidak terbela seperti yang dijanjikan. Apa yang telah mampu diciptakan "Makkal Sakti era Pakatan" hanyalah pemimpin-pemimpin atau YB YB mereka yang tidak dapat membela nasib mereka di dalam kerajaan pakatan Rakyat. Pemimpin mereka terpaksa mengampu kepada DAP atau PKR untuk diberi muka walaupun mereka ada sebahagian dari DAP dan PKR. Atas alasan itulah maka "Makkal Sakti era Barisan Nasional" lahir secara sah.

Ada apa lagi dengan Pakatan Rakyat?. Tian Chua, Ketua penerangan Parti KeADILan Rakyat dikatakan pernah membuat kenyataan bahawa PAS boleh saja mengetengahkan "HUDUD" dan "Negara Islam" asalkan ianya TIDAK direalisasikan. DAP mengatakan semua impian PAS itu "over my dead body". Kes arak dan bogel tak perlu diulas. PAS juga menyalahkan DAP di Bagan Pinang kerana mereka "mencuri" show dalam semua perhimpunan besar semasa PRK Bagan Pinang. Ini hanyalah sekelumit dari ketidak sepakatan Pakatan Rakyat. Lalu mereka tewas dengan tragis di Bagan Pinang. Malah ada tuduhan bahawa "Melayu dengan Melayu bertumpah darah" kerana hasutan pihak lain.

Terkini: Zaid Ibrahim yang suatu ketika dulu semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah membidas dan mengsyorkan agar Tan Sri Muyihiddin Yassin diambil tindakan tattertib oleh UMNO, meletak jawatan dan yang "sewaktu dengannya" kerana membuat kenyataan di Singapura mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri. Namun akhirnya Zaid sendiri melucutkan dirinya sebagai Menteri, Senator dan ahli UMNO. Karma ditelannya bagai menelas vitamin. Dia menyertai PKR.

Dalam PKR, Zaid membawa lumpurnya. Kini dia berhadapan Azmin Ali, anak emas DSAI. Bila DSAI menghalangnya dari melawat Sabah dan Sarawak jelaslah hukum karma mula menimpanya tanpa perlu membuka buku undang-undang yang bertimbun di pejabatnya. Apakah Zaid yang menjadi kebanggan semntara PKR dan Pakatan Rakyat akan meninggalkan pelabuhan Pakatan Rakyat? Atau Zaid terpaksa bergelumang karma di situ setelah dimanja oleh Tun Pak Lah dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional?

Zaid yang terhidu gerakan anti Azmin Ali di Sabah dan Sarawak sukar menyembunyikan nawaitunya ke Kota Kinabalu dan Kucing. Terimalah hakikat bahawa angan Zaid itu "ada udang di sebalik batu". Bercutilah selama enam bulan dari aktiviti politik PKR ke Carribean Island atau ke Europe kerana percutian di situ lebih menafikan kulit udang yang merah dari kulit ketam apabila direbus.

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Ternyata YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berjaya menjejaki jalan ayahnya. Kemelut politik semasa Tun Razak yang lebih besar, lebih sukar dan lebih panas namun dapat diatasi Tun Razak dengan bijaksana dan membawa kemakmuran yang rakyat Malaysia kecapi hingga ke hari ini. Najib memang "ditabek" DSAI sebagai individu yang dapat mengatasinya di segi kebijaksanaan berpolitik. Barangkali Kerana itulah DSAI telah memulakan perangnya dengan membunuh "karakter" Najib. Namun bagi Najib “Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung,” .....“Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan. “Kendati tergantung awan di langit, Telah terlanjur kubentangkan layar. Walau badai datang menggulung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan. Hidup UMNO! Hidup Melayu!”

Ada apa dengan Pakatan Rakyat?. DSAI adalah individu yang berjaya menimang telur di hujung tanduk dan menatang minyak yang penuh akan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat hanya menjadi mimpi ngeri. Mudah saja orang politik menafikan tiada persengketaan demi "strategi peperangan". Tetapi menyembunyikan hanyirnya bau bangkai gajah tidak semudah menyembunyikan jerawat di pipi. DAP ada rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana hubungannya dengan PAS masa itu tidak menguntungkan DAP. Hubungan DAP dan PAS pula di Bagan Pinang telah merugikan PAS. Dalam banyak perkara PAS dan DAP amat sukar berjalan seiring. Lakukanlah apa saja innovasi dalam PAS bagi keselesaan DAP atau Pakatan Rakyat namun hakikat perbezaan ideologi dan prinsip bukanlah satu perkara yang mudah dipandang remeh. Katakanlah apa saja, termasuk menuduh saya memperlaga PAS -DAP, namun hakikat tidak semudah ditolak.

Jika penjawat awam di Selangor merasa dianiyah SELCAT, jika Hassan Ali dan PASnya dinafikan suaranya memperjuangkan hak dan kesucian Islam di Selangor, Jika Makkal Sakti" mute di Pentas Pakan Rakyat, jika Pembangkang di Perak terus-terusan "mengamuk" kerana kehilangan kuasa dan pangkat, Jika DAP monopoli di Pulau Pinang, Jika PKR Sabah dipaksa Azmin Ali menuruti kemahuan, dan telunjuknya, jika Zaid mula merasa bahang karma dalam Pakatan Rakyat dan jika golongan muda yang dinamis mula menyedari bahawa Harapan Baru bagi mereka malap dan hanyalah retorik dan banyak lagi soal yang tidak mampu dimuatkan di ruang kerdil ini, apa lagi yang ada pada Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat, dalam kontek kedudukan Wakil Rakyat dan Ahli Parliment, selepas PRU 12 telah kehilangan 4 YB yakni 3 di Perak dan 1 di Kedah yang menyertai atau menyokong BN. Pakatan Rakyat hanya berjaya merampas 1 yakni Kuala Terengganu. melalui PRK. Kebanggaan mengenai "victory" Pilihanraya Kecil sejak PRU12 tidaklah sebenarnya harum di sebelah Pakatan Rakyat. Kedudukannya ialah 4-1 menyebelahi BN dalam kontek kedudukan YB. selaras dengan PRU12. Apa yang patut dibangga-banggakan Pakatan Rakyat dalam semua Pilihan Raya Kecil yang pernah diadakan? Kawasan Pakatan Rakyat, dia dapat balik melainkan 1 di Kuala Terengganu yang dapat dirampas dari BN. Tetapi YB Pakatan menyertai BN sudah empat...!.

Dengan sedikit fakta ini, ADA APA LAGI DENGAN PAKATAN RAKYAT? Sekadar bertanya..

BPN Teruskan Perjuangan!




Kehebatan Isa setanding dengan kebijaksanaan pengundi Bagan Pinang menyebabkan Umno menang besar dalam PRK kelmarin. Tidak sia-sialah Umno Bahagian Telok Kemang melahirkan tokoh hebat seperti Isa. Aset rakyat di Bagan Pinang yang bijak sudah tentu boleh membantu pembangunan fizikal dan islam di negara ini. Sekalong tahniah sekali lagi kepada pengundi di Bagan Pinang kerana dapat membuat keputusan dengan baik, berfikir cara betul dan matang berpolitik. Kebangkitan islam sebenar sudah bermula, Umno akan lebih bersemangat menjelang PRU13 nanti -InsyaAllah.

Kalau Pas kalah itu perkara biasa, sebab ini bukan kawasan pas, ini kawasan UmnoBN. Bukan kita hendak perbincangkan soal kalah menang disini, yang kita mahu perkatakan soalnya pengurangan majoriti pas dalam pilihan raya itu, sekaligus menolak dakwaan pengarah pilihanraya pas yang mengatakan kalau pas tidak menang pun pas berjaya mengurang majoriti keatas Umno. Dikawasan kubu kuat mereka di Manik Urai pun pas hanya mampu menang 65undi sahaja. Adakah pengaroh islam di negara ini semakin terhakis? sudah tentu tidak, islam semakin kuat kalau kita berjaya melemahkan parti pas. Menunjukkan kepada kita bahawa rakyat semakin bijak, tidak mudah terpengaroh dengan dahyah-dahyah parti pembangkang.

Para pengundi di Bagan Pinang telah menyedarkan kepada kita semua bahawa kebijaksanaan dalam membuat keputusan itu penting, kita jangan sesekali mudah terpengaroh pas juga seperti Umno sebuah parti politik. Tidak seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka dengan mengatakan tidak menyokong pas itu berdosa dan menyokong Umno akan masok neraka. Kini rakyat semakin sedar mainan politik kotor pas itu.

Kelapan-lapan PRK yang lepas, Bagan Pinanglah menunjukkan kepada kita fi'il dan perangai pas sebenar. Mereka cuba sedaya upaya untok memenangi kawasan tersebut kerana kawasan ini merupakan kubu kuat Umno. Kejadian-kejadian jahat yang dilakukan oleh pas dilemparkan kepada Umno. Seperti yang sedia maklum parti pembangkang amat bijak dalam mencipta provokasi tetapi kali ini mereka tidak berjaya. Kata-kata fitnah mereka pun tidak berjaya hanya yang mereka dapat semata-mata dosa sahaja. Pembangkang memang hebat tidak kita nafikan, tetapi kehebatan itu adalah kehebatan tidak takut kepada dosa-dosa semata-mata. Kejadian-kejadian bermula dari penamaan calon sehinggalah dihari membuang undi tidak henti-henti. Nasib baiklah hanya 8hari sahaja masa di peruntokkan, kalau lagi lama masa diberikan lagi terok perkara akan berlaku. Pihak kerajaan seharusnya mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku, cara-cara pendekatan parti pembangkang ambil semasa pilihan raya di Bagan Pinang itu lebih menjurus kepada kejadian huru hara dan amat membimbangkan. Kepada sesiapa yang mencetuskan kejadian yang tidak baik dan didapati bersalah hendaklah dihukum. Kerajaan mesti bertindak tegas tidak kira siapa mereka, supaya kejadian-kejadian seperti ini tidak diulangi lagi dalam pilihan raya yang akan datang.

Selain dari hadiah untok DS Najib sebagai PM, semuga dengan kemenangan ini juga sebagai hadiah kepada TS Isa diatas kesetiaan beliau terhadap Umno. Kepada pas, terimalah kekalahan ini seperti Umno terima kekalahan yang lepas-lepas. Kepada jentera UmnoBN yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sama-sama kita jadikan kemenangan ini pencetus kepada kemenangan2 seterusnya. Kepada Para blogger pro kerajaan khasnya blogger BPN segala kesusahan kita dinilai oleh Allah SWT jika pun tidak dinilai oleh manusia. Sesunggohnya kita berjuang diatas landasan yang sebenar. Penjuangan kita hanya untok agama,bangsa dan negara. Peranan kita adalah memberi penjelasan diatas sesuatu isu dengan iklas dan betul setakat yang termampu. Mana-mana yang tergoris dan tercalar kesan daripada penulisan ini harap maaf, anggaplah itu bukan niat sebenar penulis. Kalau tidak mahu tersepak kaki, jangan main bola. Jadi penonton lagi baik!

Hassan Ali Dipecat 1 Oktober Ini


PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Difahamkan Hassan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah difahamkan juga Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hassan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu. Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi."Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hassan, Mahfuz berkata:"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."Ahad lalu, Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hassan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri. Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hassan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hassan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu. Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat."Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat.

PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya. Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hassan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras."Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hassan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau.""Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hassan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Yang agak menarik apabila blogger PR sendiri menuduh Hassan Ali gila meroyan hendak menjadi Menteri Besar? Antara kenyataan blogger tersebut, elok gugurkan terus Hassan Ali ni dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor lepas tu serapkan Hassan Ali ke 1 jawatan baru yang dinamakan sebagai PeSURUHjaya UMNO Selangor a.k.a Balaci UMNO Selangor.

Sejak akhir-akhir ni Hassan Ali makin gila dah... bila dah dekat je dengan Pilihanraya, ade je Mamat Motivasi 8 ribu ni buat hal... betul-betul balaci UMNO. Ape je kenyataan dari Hassan Ali sejak akhir-akhir ni dah tak merujuk dahulu ke majlis tertinggi PAS Pusat... apa Hassan Ali ni ingat PAS Selangor tu hak mak bapak dia ke sampai boleh buat apa-apa ikut suka kepala hotak dia je..?

Gila Hassan Ali ni makin menjadi-jadi lepas cita-cita UMNO Selangor nak jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal 31hb. Ogos, 2009 lepas. Hassan Ali ni dah makan duit haram UMNO ke..? oi ngok..! nak jadik MB sangat ke..?

Ibarat habis madu, sepah di buang? Menerima tekanan dari luar dan dalam. Begitulah nasib Hassan Ali sekarang...?

Apa yang juragan nampak sekarang adalah apabila kumpulan erdogan didalam PAS sedang memainkan peranan mereka berusaha keras untuk menolak pengaruh ulama ( menyinkirkan Hassan Ali ) di dalam PAS sendiri. Khalid Samat ( Khalid Gereja ) mungkin masih menaruh dendam terhadap Hassan Ali apabila beliau disingkirkan dari jawatankuasa PAS negeri. Begitu juga dengan Dr.Dzulkefly Ahmad yang pernah berceramah di dalam gereja selepas kemenangan beliau di Kuala Selangor?

Apakah sudah sampai masanya Hassan Ali memikirkan semula kedudukannya di dalam PAS setelah menghabiskan ratusan ribuan ringgit wang kerajaan semasa beliau mendapatkan PHD ketika beliau berkhidmat di dalam kerajaan suatu ketika dahulu. Masih teringat kata-kata Tun Mahathir...Melayu mudah lupa!

Nizar cuma hadir sidang akhbar DAP, Nizar xpegang lilin.

Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
selanjutnya sini


Agak melucukan apabila Hj nizar menyatakan beliau hanya hadir sidang akhbar majlis pegang lilin,tetapi tidak menghadiri majlis pegang lilin.

"Barangkali gambar yang dipaparkan adalah super impose" Anda percaya?

Kasihan Nizar dia di "fitnah" utusan,bersiap sedialah di padang masyar nanti dia nak buat tuntutan.

Utusan dipersalahkan kerana salah lapor, sehingga beberapa pemimpin BN & mufti perak telah memberi kenyataan yang salah berdasarkan laporan Utusan.

Tak perlu ulas panjang panjang, biar anda sendiri yang takrifkan melalui gambar yang disiarkan.

Masalahnya PAS Merasakan Mereka Saja Yang Betul!

Jika pas sudi mendengar

Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka.

Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir.

Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'.

Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga.

Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.
(Sumber : Petikan Kata-Kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas mufti Perlis).
(Kata Waris Pahang :
-Teguran Bekas Mufti Perlis ini satu tamparan hebat buat PAS. Dr. Asri juga menceritakan beliau pernah dimaki oleh PAS.
-PAS hanya merasakan diri mereka sahaja betul. Pandangan dan nasihat Dr. Asri digunapakai untuk kepentingan parti sahaja.
-Kata Ketua Pemuda PAS : "Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu".
-PAS mempunyai modul tarbiyyah dan penerangannya tetapi masih longgar pentarbiahannya sehingga ahli PAS tidak berdakwah dengan berhikmah.
-Kata Ketua Pemuda PAS : "PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat".
-Namun tindak tanduk, tutur kata dan perilaku PAS jelas menunjukkan PAS sengaja berkelakuan tidak bermoral bertujuan meraih simpati orang ramai kononnya kerajaan dan pemimpin zalim.
-Lakonan PAS ini sama sahaja sejak dahulu lagi dan rakyat Malaysia sudah muak dengan kata-kata maki hamun dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh penceramah PAS di pentas ceramah PAS).

PAS tunggu masa untuk dikuburkan saja

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang peraih ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam. DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dengan wajah suggul walau pun kemenangan perpihak kepada mereka.

Kemenangan PAS mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi tidak boleh dianggap kemenangaan mutlak dan ianya pasti menimbulkan pelbagai persoalan.Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394.

Sebelum itu, pada jam 3.40 petang tadi, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan bergitu yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".

Para penyokong PAS yang percaya bulat-bulat cerita itu pula sudah merayakan kejayaan tersebut, serta mengucap tahniah kepada Fauzi ketika beliau tiba di markas utama PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi.

Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.

Walaupun tewas, Umno sudah pastinya merasa gembira dan pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.

Apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.


Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Lakonan kehadiran Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa duduk bersila makan nasi dengan Nik Ajis juga tidak banyak membantu.

Kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Nyatalah pengundi sekarang sudah meluat dengan perjuangan PAS dan pakatan pembangkang, PAS dan Pakatan DAP dan PKR sekarang ini hanya menunggu masa sahaja untuk di kapankan.

Sumber daripada Darul Ehsan today

'PAS' Mengapa bersifat riak dan sombong?

NASIR SUKIMAN2 Julai 2009

MENGAPA Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad tiba-tiba memberi amaran usah serang peribadi Nik Aziz Nik Mat pada kempen pilihan raya kecil N 41, Manek Urai?

Pada ceramah sulungnya di kawasan pedalaman Kelantan itu, beliau mengingatkan pemimpin BN-Umno usah cuba memfitnah dan memburukkan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan itu berikutan ura-ura membentuk kerajaan perpaduan Umno dengan Pas yang belum tercapai itu.

Kononnya Idris akan memastikan usaha Umno melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nik Aziz akan membawa padah dan Manek Urai menjadi ‘kubur’ bagi BN.

Sebagai ketua penerangan Pas Pusat yang baru, sama ada Idris sengaja tidak tahu atau memang sebenarnya jahil mengenai taktik dan muslihat Pas selama ini – melemparkan tuduhan palsu, menyebarkan fitnah dan kuat mengumpat calon lawan terutama pada saat-saat genting.
Malah bolehlah dikatakan fitnah dan mengumpat adalah asam garam gerak gempur Pas paling tajam dan berkesan mempengaruhi pengundi terutama wanita selama ini.

Ia menjadi seperti inti pada setiap ceramah pilihan raya kecil baik di peringkat Parlimen mahupun DUN selain pemimpin Pas mengalunkan kisah ‘lucu’ dan ulasan murahan kononnya sebagai penghibur hati pengunjung dan ahli parti dari segenap pelusuk.

Pada kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, P.59, April lalu Pas meneruskan kempen jahatnya apabila menabur surat layang kononnya calon Umno, Ismail Saffian, memohon maaf kepada Presiden parti Najib Tun Razak, kerana telah berkunjung ke Danok, pekan sempadan Siam untuk berhibur.

Ini dilakukan sehari menjelang pembuangan undi iaitu pada 7 April. Selain menyebarkan surat-surat itu di Taman Mewah dan tempat awam lain, Pas turut menuduh Ismail enggan bersolat Subuh berjemaah apabila diajak sedangkan pemimpin dan ahli Pas memenuhi surau dan masjid seperti di Simpang dan sebahagian, Kamunting.

Pada pagi hari membuang undi, Muslimah Pas membawa spanduk memfitnah Ismail yang pastinya tidak sempat menjawab semua tuduhan peribadi itu. Walaupun beliau amat kesal dengan tuduhan palsu itu tetapi semuanya tidak sempat ditangkisnya.

Begitu juga pada Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu apabila calon Umno-BN, Wan Farid Wan Salleh dikutuk dan dikaitkan dengan pelbagai fitnah berbanding calon Pas Wahid Endut disifatkan sebagai ‘ustaz kampung’.

Pemimpin Pas seperti Ghani Rahman dan Mahfuz Omar tidak henti-henti mengecam dan mengaitkan pemimpin Umno dengan pelbagai fitnah yang lebih berupa kisah dikitar semula dari satu majlis ceramah ke majlis terkini.

Anehnya ramai yang hadir yang pastinya bukan pengundi dan penduduk tempatan bertepuk tangan sambil ramai lagi memenuhi gerai pasar juadah dan pasar malam Pas seperti di markas parti di Kubang Semang, Penanti dan di Air Kuning, Bukit Gantang.

Mujur ramai pengundi Melayu khususnya sudah sedar hakikat kerjasama Pas-DAP lebih banyak membawa keburukan dan merugikan mereka. Keputusan undi seperti di Bukit Gantang menunjukkan jumlah undi Melayu untuk Umno-BN bertambah tetapi kecenderungan pengundi Cina menyokong pembangkang member kelebihan kepada Nizar Jamaluddin.

Persoalannya apakah istimewanya Nik Aziz hingga tidak boleh dikecam? Beliau bukannya maksum malah kenyataannya setakat ini tidak banyak mencerminkan daya kepemimpinan Islam apabila menolak musyawarah menyatukan umat Islam yang berpecah kini.Apa gunaya debat jika ia hanya mahu digunakan bagi memburukkan Umno selain mengungkit kegagalan kerjasama Umno-Pas yang lalu?

Nik Aziz mungkin mahu kepakarannya menggunakan ayat al-Quran dan loghat Kelantannya dipuji selain mengelirukan pendengar bukan Kelantan. Mengapa bersifat riak dan sombong? - malaysiaaktif.com

Dulu Anwar kate...


DALAM SATU KENYATAAN DI KUALA LUMPUR

PADA 8 MEI 1987

"Ada pihak berusaha menggugat kestabilan kerajaan dan negara dengan mengancam mengambil pelbagai tindakan setelah gagal menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO.meraka berbuat demikian semata-mata untuk mencapai cita-cita politik meraka yang sempit".

tantang PAS dan DAP

"Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum"

ungkapan ini dibuat pada majlis pemimpin bersama rakyat

di gombak kuala lumpur 21 april 1995

"Kita jangan mudah ditipu oleh orang-orang yang bernafsu besar dan yang gilakan kuasa seperti PAS yang bersekongkol dengan DAP"

"Saya hairan kenapa PAS dan DAP terutamanya dengki dengan kejayaan yang dicapai oleh pemerintahan negara ini sedangkan para pemimpin kerajaan tidak melakukan kezaliman"

Anwar berucap dalam ceramah BN di kg sg.Pasir sg.Petani Kedah pada 22 Disember 1990.

Kesimpulan Dari Parti Angguk Saja (PAS)


1. Nasharuddin Mat Isa bukan lagi sampah. Beliau telah wangi seharum kasturi. Seorang peliwat dan seorang ratu bogel yang bersekedudukan lagikan boleh diampunkan oleh Nik Aziz, apatah lagi si "sampah" Nasarudin kan.

2. Blog-blog PAS hari ini berlumba-lumba memberikan kredit kepada Haji Hadi dan Nasharuddin. Bertuah PAS mempunyai pengikut sebegini. Sebelum ini ada blogger PAS dan pengikutnya yang mengelarkan Presiden mereka babi, hari ini diangkat menjadi hero. Wow! Cepat betul flip flop!

3. Poster Haji Hadi bakal dinaikkan semula di Manek Murai, walaupun sebelum ini Haji Hadi dihalang dari datang ke sana.

4. Seperti kata sahabat blogger, Dato' Shamsudin Nawawi, budaya cium tangan adalah budaya orang Melayu. Mahu pula Pas mengikut budaya Melayu? Tak assobiyah ke?

5. Siapa kata Nik Aziz diktator, tak betul. Itu fitnah UMNO tu.

6. Siapa kata PAS bermasalah, mana ada. Semua itu fitnah UMNO.

7. "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair." Lepas ini Karpal Singh tidak akan berkata lagi, "Langkah mayatku dulu kalau hendak mendirikan Negara Islam!"

8. Di dalam mesyuarat yang sama, mereka setuju untuk "rebranding" nama parti tersebut dengan nama, "Parti Angguk Saja (PAS)".

9. Parti Angguk Saja (PAS) bakal dinobatkan Skrip Asal Terbaik, Anwar Berahi sebagai Pengarah Terbaik dan Nik Aziz Nik Mat sebagai Pelakon Terbaik Sepanjang Zaman di dalam Anugerah Skrin 2009.

Politik Murahan Nizar

Hormati parlimen! Kalau bukan ahli parlimen sendiri yang menghormati dan menjaga kemuliaan dewan siapa lagi yang boleh diharap menghormati dan menjaganya?

Kekecohan telah bermula sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen. Nizar telah melaungkan perkataan “bubar Dewan” sambil mengenakan lilit di kepalanya berbunyi “Bubar DUN”. Gelagat itu tidak disenangi oleh Speaker Pendikar Amin Mulia kerana ianya dikatakan melanggari kod etika berpakaian ahli Dewan. Sebelum Nizar sempat melabuhkan punggung di kerusinya beliau dihalau keluar.

Tindakan ke atas Nizar rasanya sesuatu yang menyesalkan. Dan dari sudut lain pula tidak seharusnya Nizar melakukan sesuatu sehingga tindakan itu dikenakan kepadanya. Nampaknya Nizar masuk ke Dewan untuk menjadi hero baru. Inilah politik populariti murahan yang dibawa oleh pemimpin politik pembangkang. Tahu nak buat kecoh saja. Ingatkan masa perasmian Dun Perak hari tu sahaja, rupa – rupanya perangai liar dan perak jakun tu dibawa masuk dalam Dewan Rakyat jugak.

Alahai Nizar, apalah nasib badan. Pusing kiri salah, pusing kanan tak kena, bila lah nak habis gila talak tu Datuk Nizar!
sumber - Tenda Biru

Nizar, Akai ada ka?


Kenapa saya menggelarkan Nizar Bintang 3 komunis ini sebagai Raja Barua di Negeri Perak yang saya cintai ini.

1. Tindakan Nizar memecat Yang Dipertua Majlis Islam Perak yang dilantik atas perkenan Sultan Perak. Tindakan ini membelakangkan kuasa Sultan Perak. Akhirnya Barua ini mendapat malu apabila pemecatan tersebut tidak sah dan batal.

2. Tindakan Nizar mengumumkan bahawa Nik Ajis akan membaca khutbah Jumaat di Masjid Negeri Perak semasa muktamar PAS tahun lepas di Hill City Ipoh. Pada malamnya Raja Muda Perak Raja Nazrih Shah mengumumkan bahawa hanya mereka yang menerima watikah daripada Sultan Perak sahaja yang berhak membaca Khutbah Jumaat. Sekali lagi Nizar kantoi.

3. Nizar telah mengumumkan pembubaran DUN Perak tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Perak. Nampaknya Nizar benar-benar ingin jadikan Perak sebuah Republik yang mana dia menjadi presiden BARUA kepada Nga Ngeh.

Ketiga-tiga episod di atas menjelaskan betapa Nizar tidak tahu membezakan antara kuasa MB dengan kuasa Budi Bicara Sultan Perak. Betapa bodohnya seorang MB BARUA yang hanya mengikut telunjuk BABI dan ANJING DAP semata-mata ingin memberikan 999 untuk meraih sokongan kaum Cina. Ingatlah Nizar...kau menang di Pasir Panjang bukan kerana undi PAS tapi sokongan orang UMNO yang tidak berpuas hati je.

Kini orang UMNO telah sedar...BARUA ini bukan berkhidmat untuk rakyat PASIR PANJANG tapi berkhidmat untuk orang-orang Cina DAP sahaja. Tak percaya pergilah tanya Jabatan Pertanian Perak,,, berapa kawasan Balak yang diserahkan kepada DAP.

Semoga Raja Barua ini cepat-cepat ditumbangkan demi masa depan umat Melayu dan Islam di Perak....

Sumber, Anti Barua

Beruk Masuk Parlimen Buat Hal Lagi!

Kalau sudah memang beruk tu, beruk jugak. Ke mana pergi mesti buat kacau. Baru hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, Nizar "The DAP Puppet" Jamaluddin buat hal lagi. Banyak lagi yang hendak diperbincangkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat untuk RAKYAT. Bukan kami hendak dengar dan lihat lakonan "circus" daripada beruk seekor ini. Kenapa Jabatan Perhilitan tidak tangkap sahaja beruk ini. Specis terancam ini. Letak saja dekat Zoo Taiping. Memang gila meroyan dan barua DAP betul beruk seekor ini!!! Laporan The Star di sini. Memang bangang orang-orang Bukit Gantang yang mengundi beruk sebagai wakil mereka.

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka-mereka yang tidak bertamadun ini. Lihat di sini. Apa hendak dikata YB, beruk, mana ada tamadun! - Cucu Tok Selampit!

Kenyataan Hadi UG Bukan Mengikut Emosi

Petikan dari blog Al-banjari :

Seorang sahabat wak juga tetap tak setuju dgn idea UG ini. Tetapi bila dirujuk kepada hujah yang dibentangkan oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan kepada kita bahawa lontaran idea Hadi adalah bersifat universal, itu adalah lontaran idea, berbeza apabila Dato' Seri Nizar yang mempelawa Adun UMNO Perak menyertai PAS & PR..lupakah kita ? Ya..belum lupa lagi..memang berbeza, Hadi lontar idea, Nizar seru mereka.

Benar UMNO adalah musuh kita yang nyata dari segi dasar dan amalan partinya, tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang mungkin sedarah sedaging dengan kita yang masih terperangkap dengan kejahilan mereka ? Dan apakah pula dalam kita gembira non-muslim sudah menyokong kita dalam masa yang sama kita lupa menyelamatkan akidah saudara sedara sedaging kita yang masih dalam umni yg mana dalam dadanya masih ada sedikit iman ?

Tidak mahukah kita mendekati mereka dan membawa mereka keluar dari kejahilan dan kekufuran agar mereka kembali menegakkan Islam ? Dari peringatan Allah dalam surah al-Anfal maka apakah kita kita hanya bertawakkal kepada sokongan manusia dan mula meninggalkan tawakkal kepada Allah ? Wak tak boleh nak jawab hujah sahabat wak itu. Wak kalah hujah. Hujahnya mantap. Kerana miang rambut wak yg baru dipotong, buat wak segera balik meninggalkan sahabat wak yg masih lagi banyak hujahnya untuk wak sumbat dalam kepala hotak wak. Wak terus berlapang dada. Namun sampai bila mahu berterusan berlapang dada ?

KOMEN : Dendam TG Nik Aziz pada UMNO dendam kesumat sedangkan ALLAH swt sentiasa memaafkan hambanya yang setiap saat membuat kesilapan.

PAS Tiada Sambutan Di Sarawak


KUCHING: Kekalahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam beberapa pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen negeri ini, membuktikan bahawa parti itu tidak mendapat sambutan di Sarawak.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, justeru kenyataan timbalan presiden PAS untuk membuat kejutan dalam pilihan raya negeri akan datang hanya bersifat gimik politik.

“Sebelum ini PAS telah meletakkan calon mereka di DUN Beting Maro dan Parlimen Batang Lupar, namun mereka tewas… ia jelas membuktikan bahawa rakyat Sarawak hanya percayakan Barisan Nasional (BN) yang mampu memacu ke arah pembangunan.

“BN turut mencatat kemenangan dalam pilihan raya DUN Batang Ai selepas mengalahkan pencabar daripada PKR dengan majoriti besar walaupun pembangkang jelas memutar belitkan fakta sebagai taktik untuk memenangi hati pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2009 Zon Sarawak di Auditorium P Ramlee, RTM di sini, semalam.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa PAS akan membuat kejutan dalam pilihan raya umum Sarawak tahun depan hingga pertengahan 2011.

Mengulas cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh PAS, Awang Tengah berpendapat bahawa idea yang dikemukakan oleh presiden parti berkenaan menunjukkan wujud ‘keretakan’ dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Idea pembentukan kerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti pembangkang dalam PR mempunyai ideologi yang berbeza dan cadangan itu dikemukakan kerana berlakunya perpecahan atau keretakan dalam PR,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu terpulang kepada PAS dalam membuat keputusan kerana sebelum inipun parti berkenaan juga berada di pihak BN.

Sementara itu, Pertandingan Bintang Klasik 2009 Peringkat Zon Sarawak menyaksikan 12 peserta berentap untuk merebut tempat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2009.

Abdul Manaf Seron, 27, dan Nurhamimah Bohan, 23, masing-masing dinobatkan sebagai juara Bintang Klasik 2009 Zon Sarawak bagi kategori lelaki dan wanita.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Strategik RTM Datuk Norhayati Ismail, Pemangku Pengarah RTM Sarawak Monsyi Abdullah dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Mohd Atei Abang Medaan.
--------------------------------------------------------------------------------
Bukan semudah itu PAS boleh menawan Sarawak. Majoriti kaum di Sarawak ialah kaum Bumiputera bukan Melayu & Islam. Sudah tentu mereka memilih parti yang menjaga kepentingan kaum mereka sendiri. Bukannya parti politik yang hanya mementingkan agenda perjuangan sendiri tanpa memperdulikan apa yang rakyat mahukan. Jangan sesekali bermimpi mendapatkan Sarawak, lupakan saja.

LGE Tuntut Hutang Dari PAS

Lu org tak perlu jd pelancung angkasa atau masuk oxford umur 13 tahun pon untuk menjangka situasi memalukan ini akan menimpa PAS.

Mr LGE :
Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Alermak..Mr LGE dah teringat hutang Pas yg tahun lepas.

Kate Mr LGE lagi :
Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku,"

Mr LGE siap kasi nasihat ni :
"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," - Xenan

P/S: Ni la terjadi bila dah tak sepakat... masing-masing bawa haluan sendiri.. Inikah sikap Pakatan Rakyat? Ceh~

Pas Sentiasa Panik

Pas kelihatan panik dan sentaisa berdolak dalik dengan perubahan yang dicanangkan. Pas tidak ada prinsip, depan khalayak yang berbeza cakap dengan nada yang berbeza. Dalam khalayak perbagai kaum dan masyarakat bandar mereka melaungkan mansuhkan ISA namun dalam khalayak tok lebai mereka nak cadang ISAkan orang yang menghina agama kononya.

Ketika kita nak ISA kekkal PAS konon nak mansuh tapi Pas juga akui ISA itu penting untuk kestabilan negara... cuma Pas guna isu ISA mansuh untuk raih undi. Terbaru muktamar pas meluluskan resolusi haramkan Sister In Islam sebuah badan bukan kerajaan NGO. Ini amat mengejutkan kerana Pas yang konon mendapat sokongan NGO lah apa lah .... kerana Pas kononya mendokong kebebeasan bersuara.... tapi kini sekali lagi menunjukkan sikap asalnya iaitu berdolak dalih...

Ingat lagi KJ pernah anugerahkan gelaran buat pas di Kuala Terengganu iaitu Pas kluk klek. Pas telah ditampar oleh SIS dalam kenyataan SIS terbaru. PAS parti autokratik, hipokrit dalam perjuangan - SIS

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) hari ini mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam. Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya. "PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.

"Hal ini jelas bertetangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pengurus Program SIS, Nohayati Karpawi kepada mStar Online hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan usul yang dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam pada Muktamar parti yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hayati berkata PAS sering melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan untuk kepentingan parti itu semata-mata.

"Jika mereka tidak setuju dengan perjuangan kita kenapa perlu minta kerajaan SIS. Hanya kerana kami perjuangkan hak wanita, kami dilabel sebagai bersikap 'feminis'..Ini tidak betul dan ada 'double standard' di sini.. "Mereka (PAS) tidak boleh membuat tuduhan melulu, mereka perlu buktikan jika perjuangan kami menyeleweng dari ajaran Islam," katanya. Tegas beliau, hal ini menunjukkan parti itu bersifat 'angkuh' dengan meminta SIS diharamkan.

"Lihatlah mereka (PAS) belum dapat kuasa sudah begini, apa akan jadi bila mereka berkuasa nanti. Mereka akan gunakan nama Islam untuk membuat perkara-perkara lain pula. "Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu buat pendirian yang jelas dalam isu ini kerana pendirian PAS terhadap SIS akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya. Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka dalam masa terdekat