Belina Shop

Promosi Terbaru di Selangor! Beer


KUALA LUMPUR Ogos 3hb - Satu tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Singapura di Jalan Tun Abdul Razak semalam bagi menuntut dimansukhkan undang-undang ISA di Singapura.

Tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh TACUT disertai oleh anggota ahli-ahli parti DAP.

Difahami bahawa tunjuk perasaan ini dianjurkan untuk menyangkal tuduhan bahawa kaum Cina setuju dengan undang-undang ISA. Ini ekoran pandangan ramai bahawa kaum Cina tidak turun bersama dalam tunjuk perasaan GMI anjuran ahli-ahli PAS pada Sabtu lepas.

Seramai 100 orang penunjuk perasaan dari parti DAP kelihatan. Walaupun hanya 10 orang kelihatan pada mulanya, ahli-ahli DAP keluar dari belakang-belakang pokok apabila polis tidak mengendahkan.

Ketua Penganjur, Liew Kong Xi Lap berkata, "Kami ada lagi 3 juta sokongan dari pengunjung Internet dan pengusaha-pengusaha blog politik Cina."

Menurutnya, penyokong-penyokong ini adalah anjing dan babi pergerakan kami. Mereka kuat menyalak dan berani menyondol di Internet.

"Mereka bukan takut. Lama-lama mereka akan keluar. Tengok kami protes ISA ke atas Singapura" kata Liew.

Ditanya kenapa Lim Kit Siang tidak turut serta, Liew menerangkan dia sentiasa memberi sokongan kepada usaha kami. Sumber berkata Lim dalam perjalanan ke Singapura untuk meminta maaf kepada PAP.

Semasa ditanya wartawan berkenaan perkembangan ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata walaupun dia setuju Malaysia merombak undang-undang ISA, dia tidak bersetuju Singapura memansukhkan ISA.

"Tunjuk perasaan ini hanya untuk mengalih pandangan realiti mereka telah kudakan PAS dan nak tunjukkan konon tidak takut," kata Khairy yang melarang ahli Pemuda UMNO menyertai tunjuk perasaan Magaran.

Liew menyangkal tuduhan tersebut. Katanya, "Hubungan kami dengan PAS sekarang sangat baik. Kami sudah boleh minum beer sama-sama."

Dia menyentuh mengenai pendirian Mufti Selangor baru, Sheikh Ronnie Liu bahawa beer bukan arak.

"Tak lama lagi, PAS akan tukar laungan kepada Take Beer! Take Beer!" - Agensi Husin Lempoyang

ISA: Khalid sudah kusut !

Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan usul agar diadakan semula pilihanraya kerajaan tempatan. Di antara matlamatnya adalah menjadikan ahli-ahli majlis lebih bertanggung jawab. Pilihanraya ini juga akan mengiktiraf perbezaan yang ada bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan memerlukan pendekatan yang berlainan. Iskandar Abdul Samad, ADUN Chempaka

Apa tujuan dan matlamat untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan.? Inilah yang sedang berlaku dibawah pentadbiran regim Khalid akibat kurangnya kesedaran dan hanya menuruti kehendak kumpulan bukan melayu.

Regim Khalid sedang bermaharajalela dan tidak menghargai kuasa pengundi majoriti yang memenangkan mereka. Khalid hanya boneka kepada DAP dan PKR dan tidak memandang PAS walau sebelah mata. PAS yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi kononnya merekalah juara..!

Itu senario di Selangor yang tidak disedari penyokong totok yang merusuh marahkan kerajaan merosakkan harta awam Sabtu tempohari dan hanya layak diperbodohkan kumpulan minoriti. They’re so stupid..!

Regim Khalid sedang merangka satu strategi bagi memastikan hasrat untuk mengadakan pilihanraya tersebut tercapai. Siapa pula yang terlibat dalam hal merangka strategi ini.?

Kebanyakan mereka yang terlibat adalah kumpulan bukan melayu yang ekstrim mahu menyingkirkan orang melayu secara halus. Walaupun terdapat kumpulan melayu, jangan kita risau kerana mereka semua sudah dibeli. Tahniah kerana sikap begini yang menjayakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah.

Let think if this election comes true.? Apa signifikannya dan kesan kepada rakyat Selangor. Apa pun perancangan ini akan menyebabkan PBT akan dikuasai oleh kumpulan bukan melayu dan orang melayu akan secara halusnya disinggirkan kerana kebanyakan bandar-bandar hari ini dikuasai oleh bukan melayu dan pertambahan orang bukan melayu di PBT akan memenuhi jigsaw puzzle yang tertangguh sejak dulu lagi.

Bagaimana rasanya jika Shah Alam dipenuhi orang bukan melayu dan Kopitiam2 bebas menjual arak. Hairan pula bila tengok Ronnie Liu bebas menyalahgunakan kuasanya tanpa ada pihak yang tampil untuk mendakwa Ronnie. PAS yang sangat maksum pun simpan kepala macam kura-kura.

Apa nasib orang melayu.? Fikirlah sendiri
Tukar regim Khalid demi keharmonian Selangor yang kian hilang.

Niat Jahat Anwar Semakin Berleluasa!

Realitinya sudah tersurat.

Semua yang berlaku sehingga seteruk ini kerana terlepasnya seekor anjing yang tersepit.

Semua mereka yang sudah sedar sememangnya sedar bahawa Anwar Ibrahim nama yang sebenarnya sudah lama menjadi bualan orang-orang lama bahawa dia akan mengegarkan negara samaada melalui cara baik atau jahat.

Hakikatnya masa gemilangnya sudah lama berakhir.

Semasa berada di dalam UMNO dan kerajaan, dialah orang yang paling lantang menghentam pembangkang dan kini apabila dia sudah berada di kerusi ketua pembangkang, dia pula menjadi dalang yang memporak-perandakan keharmonian negara.

Apa yang pernah ditomahkan dulu olehnya kepada pembangkang kini dia pula melakukannya demi kepentingan peribadinya.


Tan Sri Muhyidin Yassin, TPM mengeluarkan kenyataan berkaitan dan rasa kecewa beliau kepada sikap Anwar ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semalam.

Segala yang berlaku:

1. Bermula dengan kemenangan pembangkang di PRU 12.
2. Beraninya blogger Raja Petra mengfitnah kepimpinan negara.
3. Beraninya Karpal Sigh menghina kedaulatan Sultan.
4. DAP semakin lantang menghina Melayu dan menidakkan keistimewaan Melayu.
5. Hidraf dan tuntutan melampaunya.
6. Suruhanjaya Antara Agama dan tuntutan menghina Islam.
7. Belakunya beberapa siri demontrasi jalanan yang mengugat keamanan negara.

Dan pelbagai lagi pengkhianatan kepada kontrak sosial, perlembagaan dan hak-hak Melayu kesemuanya Anwar memihak kepada pembangkang yang langsung tidak menyebelahi orang-orang Melayu.

Anwar juga adalah jelas sebagai agen yahudi yang mahu menjayakan protokol zionis ke-10 iaitu mahu menghuru-harakan negara Islam supaya pengaruh yahudi akan lebih mudah masuk.

Namun, dek kerana terpukaunya orang-orang Melayu dengan pidato Anwar segala penipuan terancangnya dapat ditutup rapi malah orang Melayu lah yang mahu menghapuskan hak istimewanya sendiri.

Jelaslah, BN selagi masih berkuasa harus segera menangkap anjing peliwat ini supaya dia bukan sahaja tidak terus meliwat lelaki-lelaki jambu yang lain malah dapat dielak dia terus meliwat bangsanya, agamanya dan negara kita yang tercinta ini.

Wallahualam.

Nizar cuma hadir sidang akhbar DAP, Nizar xpegang lilin.

Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
selanjutnya sini


Agak melucukan apabila Hj nizar menyatakan beliau hanya hadir sidang akhbar majlis pegang lilin,tetapi tidak menghadiri majlis pegang lilin.

"Barangkali gambar yang dipaparkan adalah super impose" Anda percaya?

Kasihan Nizar dia di "fitnah" utusan,bersiap sedialah di padang masyar nanti dia nak buat tuntutan.

Utusan dipersalahkan kerana salah lapor, sehingga beberapa pemimpin BN & mufti perak telah memberi kenyataan yang salah berdasarkan laporan Utusan.

Tak perlu ulas panjang panjang, biar anda sendiri yang takrifkan melalui gambar yang disiarkan.

Masalahnya PAS Merasakan Mereka Saja Yang Betul!

Jika pas sudi mendengar

Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka.

Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir.

Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'.

Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga.

Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.
(Sumber : Petikan Kata-Kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas mufti Perlis).
(Kata Waris Pahang :
-Teguran Bekas Mufti Perlis ini satu tamparan hebat buat PAS. Dr. Asri juga menceritakan beliau pernah dimaki oleh PAS.
-PAS hanya merasakan diri mereka sahaja betul. Pandangan dan nasihat Dr. Asri digunapakai untuk kepentingan parti sahaja.
-Kata Ketua Pemuda PAS : "Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu".
-PAS mempunyai modul tarbiyyah dan penerangannya tetapi masih longgar pentarbiahannya sehingga ahli PAS tidak berdakwah dengan berhikmah.
-Kata Ketua Pemuda PAS : "PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat".
-Namun tindak tanduk, tutur kata dan perilaku PAS jelas menunjukkan PAS sengaja berkelakuan tidak bermoral bertujuan meraih simpati orang ramai kononnya kerajaan dan pemimpin zalim.
-Lakonan PAS ini sama sahaja sejak dahulu lagi dan rakyat Malaysia sudah muak dengan kata-kata maki hamun dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh penceramah PAS di pentas ceramah PAS).

PAS tunggu masa untuk dikuburkan saja

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang peraih ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam. DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dengan wajah suggul walau pun kemenangan perpihak kepada mereka.

Kemenangan PAS mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi tidak boleh dianggap kemenangaan mutlak dan ianya pasti menimbulkan pelbagai persoalan.Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394.

Sebelum itu, pada jam 3.40 petang tadi, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan bergitu yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".

Para penyokong PAS yang percaya bulat-bulat cerita itu pula sudah merayakan kejayaan tersebut, serta mengucap tahniah kepada Fauzi ketika beliau tiba di markas utama PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi.

Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.

Walaupun tewas, Umno sudah pastinya merasa gembira dan pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.

Apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.


Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Lakonan kehadiran Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa duduk bersila makan nasi dengan Nik Ajis juga tidak banyak membantu.

Kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Nyatalah pengundi sekarang sudah meluat dengan perjuangan PAS dan pakatan pembangkang, PAS dan Pakatan DAP dan PKR sekarang ini hanya menunggu masa sahaja untuk di kapankan.

Sumber daripada Darul Ehsan today

'PAS' Mengapa bersifat riak dan sombong?

NASIR SUKIMAN2 Julai 2009

MENGAPA Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad tiba-tiba memberi amaran usah serang peribadi Nik Aziz Nik Mat pada kempen pilihan raya kecil N 41, Manek Urai?

Pada ceramah sulungnya di kawasan pedalaman Kelantan itu, beliau mengingatkan pemimpin BN-Umno usah cuba memfitnah dan memburukkan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan itu berikutan ura-ura membentuk kerajaan perpaduan Umno dengan Pas yang belum tercapai itu.

Kononnya Idris akan memastikan usaha Umno melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nik Aziz akan membawa padah dan Manek Urai menjadi ‘kubur’ bagi BN.

Sebagai ketua penerangan Pas Pusat yang baru, sama ada Idris sengaja tidak tahu atau memang sebenarnya jahil mengenai taktik dan muslihat Pas selama ini – melemparkan tuduhan palsu, menyebarkan fitnah dan kuat mengumpat calon lawan terutama pada saat-saat genting.
Malah bolehlah dikatakan fitnah dan mengumpat adalah asam garam gerak gempur Pas paling tajam dan berkesan mempengaruhi pengundi terutama wanita selama ini.

Ia menjadi seperti inti pada setiap ceramah pilihan raya kecil baik di peringkat Parlimen mahupun DUN selain pemimpin Pas mengalunkan kisah ‘lucu’ dan ulasan murahan kononnya sebagai penghibur hati pengunjung dan ahli parti dari segenap pelusuk.

Pada kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, P.59, April lalu Pas meneruskan kempen jahatnya apabila menabur surat layang kononnya calon Umno, Ismail Saffian, memohon maaf kepada Presiden parti Najib Tun Razak, kerana telah berkunjung ke Danok, pekan sempadan Siam untuk berhibur.

Ini dilakukan sehari menjelang pembuangan undi iaitu pada 7 April. Selain menyebarkan surat-surat itu di Taman Mewah dan tempat awam lain, Pas turut menuduh Ismail enggan bersolat Subuh berjemaah apabila diajak sedangkan pemimpin dan ahli Pas memenuhi surau dan masjid seperti di Simpang dan sebahagian, Kamunting.

Pada pagi hari membuang undi, Muslimah Pas membawa spanduk memfitnah Ismail yang pastinya tidak sempat menjawab semua tuduhan peribadi itu. Walaupun beliau amat kesal dengan tuduhan palsu itu tetapi semuanya tidak sempat ditangkisnya.

Begitu juga pada Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu apabila calon Umno-BN, Wan Farid Wan Salleh dikutuk dan dikaitkan dengan pelbagai fitnah berbanding calon Pas Wahid Endut disifatkan sebagai ‘ustaz kampung’.

Pemimpin Pas seperti Ghani Rahman dan Mahfuz Omar tidak henti-henti mengecam dan mengaitkan pemimpin Umno dengan pelbagai fitnah yang lebih berupa kisah dikitar semula dari satu majlis ceramah ke majlis terkini.

Anehnya ramai yang hadir yang pastinya bukan pengundi dan penduduk tempatan bertepuk tangan sambil ramai lagi memenuhi gerai pasar juadah dan pasar malam Pas seperti di markas parti di Kubang Semang, Penanti dan di Air Kuning, Bukit Gantang.

Mujur ramai pengundi Melayu khususnya sudah sedar hakikat kerjasama Pas-DAP lebih banyak membawa keburukan dan merugikan mereka. Keputusan undi seperti di Bukit Gantang menunjukkan jumlah undi Melayu untuk Umno-BN bertambah tetapi kecenderungan pengundi Cina menyokong pembangkang member kelebihan kepada Nizar Jamaluddin.

Persoalannya apakah istimewanya Nik Aziz hingga tidak boleh dikecam? Beliau bukannya maksum malah kenyataannya setakat ini tidak banyak mencerminkan daya kepemimpinan Islam apabila menolak musyawarah menyatukan umat Islam yang berpecah kini.Apa gunaya debat jika ia hanya mahu digunakan bagi memburukkan Umno selain mengungkit kegagalan kerjasama Umno-Pas yang lalu?

Nik Aziz mungkin mahu kepakarannya menggunakan ayat al-Quran dan loghat Kelantannya dipuji selain mengelirukan pendengar bukan Kelantan. Mengapa bersifat riak dan sombong? - malaysiaaktif.com