
Pada prosiding rayuan yang dikemukan oleh Dr Zambry ekoran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan Nizar masih Menteri Besar yang sah, tiga hakim yang bersidang menyifatkan Hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam membuat tafsiran undang-undang tubuh negeri Perak dan dengan itu mengesahkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar. Keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang. Sementara itu, Menteri Besar, Dr Zambry selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Kampung Gajah Perak telah diminta mengulas langkah terbaru Nizar tersebut.
“Biaq pi la dia”, itulah komen ringkas Dr Zambry.
Pada majlis bersama rakyat, Dr Zambry disambut kira-kira 2,000 masyarakat setempat yang disifatkan sebagai tanda penerimaan mereka terhadap Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Pada perhimpunan rakyat itu, Dr Zambry mengumumkan Exco negeri itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikannya sendiri bagi mengatasi masalah setinggan untuk diberikan geran. Beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri juga sedang menunggu perkenan Sultan Perak bagi membina sebuah masjid Cina Muslim yang pertama seumpamanya di negeri itu
0 comments:
Post a Comment