Cerita Dalam ISA

Yang patut kita tahu apa yang tahanan ISA buat didalam Kem Kamunting

Shah Qamary

pelik bila terbaca sebaris ayat yang mencanangkan betapa perit dan menderitanya tahanan ISA itu. sedang hasil pembacaan saya ke atas sebuah majalah pro-pakatan keluaran 2003 yang menerbitkan sebuah artikel mengenai pengalaman bekas tahanan seperti hishamuddin rais dan tian chua, adalah bercanggahan sama sekali.

di dalam kisah pengalaman mereka ini, diceritakan betapa mereka menjalani kehidupan yang normal sepanjang ditahan. dibenar berborak sengan tahanan lain, berjoging, bercucuk tanam, berutus surat dengan saudara mara, malah turut mampu untuk membaca sehingga 300 buah buku!!!

hasil tatapan saya terhadap tajuk post saudara pisau, ternyata saya tidak terkejut, malah amat maklum dengan serangan dan latahan pihak-pihak yang selamanya menolak kemakmuran. kita boleh melihat sepanjang DS najib di tampuk pimpinan negara, tiada seorang pun yg ditahan malah ramai yg dibebaskan.

kesan ke atas toleransi DS najib kepada golongan bermotif politik ini, banyak kenyataan-kenyataan berbaur kecaman ke atas umat Islam dan bangsa melayu di Malaysia yang sepatutnya boleh diambil tindakan di bawah ISA. kesemua kenyataan ini dibuat oleh pemimpin pakatan.

bermula dari tindakan manoharan meminta kerajaan mengiktiraf bangsa cina dan india sebagai bumiputra, kemudian muncul irene fernandez menggesa kerajaan membenarkan penerbitan bible berbahasa melayu, dan yang terbaru tindakan loke siew fook mencaci saudara kita, dr ridhuan tee, dan kemudiannya menghina Islam dan penganutnya.

kesemua tindakan pemimpin pakatan ini, termasuk kenyataan jeff ooi yang menggelar syariat Islam sebagai extremist, membuatkan umat Islam di Malaysia berasa terancam dan dihina. barulah saya sedar mengapa mereka beria-ia mahukan pemansuhan akta ini. mereka ingin bebas mempertikaikan segala yang ada di bumi Islam ini, termasuklah yang berhubung kait dengan agama Islam, bangsa Melayu mahupun raja-raja Melayu.

patutlah mereka bersungguh sangat..

0 comments:

Post a Comment